Thursday, November 25, 2010

Koleksi Lawak Kisah Pak Pandir

Kereta Baru

Al-kisah pada suatu hari, Pak Pandir keluar ke bandar bersama Mak Andeh untuk membeli sebuah kereta. Anaknya tidak dibawa kerana bimbang penjual kereta tidak mahu menjualkan kereta kepadanya kerana dia sudah mempunyai anak.

"Isteriku Andeh, rasa-rasa orang tu mahu tak jual kereta pada kita?" kata Pak Pandir. "Kenapa abang tanya macam tu?" balas Mak Andeh. "Yelah, manalah tahu, dia ingat saya tak mampu nak bayar sebab saya kena bagi awak dan anak kita makan...takut tak cukup duit..." jawab Pak Pandir.
Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta...
"Saya mahu beli yang ini" kata Pak Pandir sambil menuding jari ke arah kereta Proton Waja berwarna silver.
Setelah membayar wang pendahuluan, Pak Pandir memandu kereta itu pulang. Dalam hati Pak Pandir sudah berkira-kira untuk menunjuk- nunjuk kereta itu di hadapan Pak Kadok. Tapi, tak sampai satu jam, Pak Pandir datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merah padam.
"Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!" si penjual kereta berasa sangat hairan.
"Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asal saya nak belok, tak pernah elok, asyik berkelip-kelip je!"
Bulan Puasa

Di suatu petang yang cerah .. Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka sementara menunggu waktu berbuka puasa . Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.
”Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang….” kata ustaz itu.
Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tue. Semasa sedang berbuka puasa malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentuuooot memanjang.
Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, “Awak makan apa sampai jadi camni?”. “Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu…. berak-berak makan julap….muahahahahahaha!!!!!


Sesungguhnya… niat pak pandir memang suci… Lagipon .. bulan puasa mana ade setan kan ?

Pak Pandir nak berbisness

Suatu hari Pak Pandir ingin memulakan satu perniagaan namun masih kekurangan modal. Oleh itu Pak Pandir berhasrat utk membuat pinjaman di sebuah badan pinjaman yg di taja oleh kerajaan pada masa itu. Berangkat laa Pak Pandir bersama Mak Andir ke tempat tersebut.Setibanya nya di sana Pak Pandir bertemu seorang pegawai di sana. Setelah mengisi borang dan di temuduga berkata laa pegawai tersebut..
Pegawai : Setelah diteliti permohonan pakcik akan diluluskan secepat mungkin. Jadi pihak kami akan memberi pakcik pinjaman sebanyak RM20,000.00 tanpa faedah.Namun dengan muka yg bengis Pak Pandir bingkas bangun utk beredar. Terkejut laa pegawai tersebut lalu bertanya. Pegawai : Kenapa pakcik? Ada yg tak kena ke ?

Pak Pandir pun berpaling dan ngan nada yg tinggi berkata.
Pak Pandir : Nak buat ape aku buat pinjaman kalau tak ada "PAEDAH".. Buang masa aku je laaa.... Pak Pandir pun beredar meninggalkan pegawai tersebut terpinga pinga.

Pak Pandir Dan Pak Kaduk

Di pertengahan jalan ketika pulang dari kebunnya, Pak Pandir terserempak dengan Pak Kaduk yang sedang mundar-mandir sambil menjinjing guni. 

Pak Pandir: Apa yang engkau bawa dalam guni tu, Kaduk? 
Pak Kaduk: Ayam. Cuba engkau teka, berapa jumlahnya? Kalau betul..kesemua tiga ekor ayam yang aku bawa ini akan aku berikan pada engkau!
Pak Pandir termenung. Berapa ya? 
Pak Pandir: Emmm...Empat kut?

Pak Pandir Dan Taik

Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih 'kompius' sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata "Bentuk macam taik." Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, "Lembik macam taik." Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, "Bau macam taik." Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit..."MEMANG SAH TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!"
Pak Pandir Cari Kerja

ikuti perbualan penemuduga dengan pak pandir tyme nak interview keje : 

Interviewer : siapa nama awak ?
pak pandir : nama saya pandir..org panggil pak pandir. 
Interviewer : awak lahir kat mana? 
pak pandir : saya lahir kat Perak. 
Interviewer : bahagian mana?
pak pandir : bahagian mana?? pe encik nie..sume bahagian tubuh saya dilahirkan di perak la..org perak upenye si pandir neh...

Pak Pandir Pakar Bom

Satu hari pak pandir yang keje sebagai pakar bom tengah duk matikan bom tu ngan kawan dye..but then tengah duk wat keje mereke duk sembang 
kawan : pandir..camane kalau bom nie meletup jap lagi..?? 
pak pandir : takper2..aku ade satu bom lagi dalam beg

Pak Pandir Dan Tok Ketua

Tok Ketua : orang yang tidak boleh mendengar dipanggil aper?? 
Pak Pandir : kiter boleh panggil dia ape pon sebab dia bukan leh dengar pon.. 

Pak Pandir Tak Boleh Memotong Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
"Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, "Kenapa Bang?"
Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."


Kisah Kawan Pak Pandir Dibaham Harimau

Pak pandir: Selamat pagi tuan 
Polis: Selamat pagi...apa boleh saya bantu?
Pak pandir: Saya nak buat report tuan.. 
Polis: Pasal apa tu encik? 
Pak pandir: Pasal kawan saya di baham harimau... 
Polis: Pukul berapa 
Pak pandir: Tak sempat pukul tuan...harimau dah ngap dulu.. 
Polis: ?? habis?..
Pak pandir: Tak habis tuan..kepala kawan masih ada lagi

Pak Pandir Beli TV Kaler

Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai.. 
Pak Pandir : Awak ada jual tv warna? 
Penjual : Ada. Nak jenama apa?
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......

Pak Pandir Sebagai Pengawal keselamatan

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ... "Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah? Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu. Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas. Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?" Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..

Kisah pak pandir gie McDonald

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper... maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung... sedang dia berfikir datang seorang lelaki lingkungan 30'an ditepinya... Ahmad namanya... Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..

Ahmad : Bagi Big Mac satu.. 
Pak Pandir: Bagi Big Mac satu... 
Ahmad: Air... Bagi air coke yer... 
Pak Pandir: Air... Bagi air coke yer...
Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir... namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...
Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer... ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi) 
Pak Pandir : ooo yer cik... bagi ash-tray satu yer... Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir... 
Ahmad : hoi... yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah... takder otak ker?
Nak tahu aper Pak Pandir jawab? lebih kurang begini: 
Pak Pandir: Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?
Pak Pandir Dengan Nyamuk

Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk. Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis,
Polis: Awatnya tidoq bawah katil? Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk.


Pandir Dengan Durian

Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Pak Pandir : "Bang harga durian ini berapa?" 

Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..
Pak Pandir : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"? 

Org Asli : "Boleh aje, nak kurang berape? 
Pak Pandir : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir...
Org Asli : "Lahupa itu berapa?" 

Pak Pandir : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"


Pak Pandir Dengan Doktor

Pada suatu hari, Pak Pandir telah berjumpa dengan seorang doktor psikologi untuk bertanyakan tentang suatu masalah pada dirinya. 

Pak Pandir: Tuan doktor, semua orang kata otak saya lembab. Betulkah tuan doktor? Apakah tanda-tanda bahawa otak seseorang itu lembab? 
Doktor : Saya akan bertanya satu soalan. Jika pakcik tak mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah otak pak cik ni lembap. 
Pak Pandir : Apakah soalannya tuan doktor? 
Doktor : Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar mengelilingi bumi. Malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. Pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia? 
Pak Pandir : Mmmm...Tukar soalan lain boleh doktor? Doktor : erkk???


Pak Pandir Dengan Kapal Terbang

Pada minggu lepas hebohlah satu kampung Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu dalam program stesen radio Hangus FM. Walaupun hanya kelas ekonomi tapi bagi Pak Pandir, itu sudah cukup menggembirakannya. Dipendekkan cerita, hari yang dijanji telah tiba. Pak Pandir pun sudah menunggu sejak dari subuh di lapangan terbang. Bila kapal terbang sampai, Pak Pandir amat gembira dan dia pun naiklah, terus ambil tempat duduk.
Sebelum kapal terbang berlepas, pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk berlepas. Sekali pramugari ternampak Pak Pandir duduk di kerusi Business Class, setahunya tak ada penumpang kelas bisnes hari itu. Dengan penuh berbudi bahasa dan sopan santun, pramugari tu tegur, "Pak cik, pak cik tak boleh duduk kat sini, boleh tak pak cik pindah duduk di belakang?" "Eh, bagus sungguh orang kapal terbang ni (pramugari tu). Terima kasih nak, tak apalah nak, pak cik dah selesa kat sini" Mana tak selesanya, Business Class. Mati akal pramugari tu. Semua pramugari dan pramugara datang silih berganti. Sakit kepala mereka dibuatnya. Juruterbang yang menunggu lama nak berlepas, bengang kenapa masih belum ada isyarat kata ‘ok’ daripada Ketua Pramugari, lalu dia pun keluar tengok. Setelah diceritakan oleh seorang pramugari, pilot itu pun pergilah ke tempat Pak Pandir "Pak cik, boleh tengok tiket?" Pak Pandir pun hulurkan tiketnya sambil tersengih. "Oooo..pak cik nak pegi KL ye pak cik?" "Ya nak" Jawab Pak Pandir. "Tapi Pak Cik, kerusi depan ni pegi Johor Bahru ni, kerusi belakang tu baru pegi KL!" Pak Pandir pun terkasima...terkejut! "Laa...ye ke nak? Nasib baiklah anak ni datang bagitau."


Pak Pandir Dengan Peti Sejuk

Satu hari Pak Pandir terbangun malam. Dia rasa nak terkencing. Dia pun masuk bilik air. Pak Pandir sungguh terkejut bila bukak je pintu, lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan tutup pintu, Sekali lagi dia terkejut bila lampu tu tertutup sendiri. Cepat-cepat dia kejutkan Mak Andeh yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yang terjadi padanya semasa kencing tadi."Abang heran lampu tu terbukak dan padam sendiri bila abang bukak dan tutup pintu". Mak Andeh yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata."Abang buat perangai lama dah... KENAPA abang kencing dalam peti ais lagi HAH????"

Pak Pandir Dgn Usop

Pak Pandir sedang duduk di tangga rumahnya sambil menghisap berkotak-kotak rokok dan merenung jauh ke padang rumput.Seorang jirannya lalu di depan rumahnya dan terus menegurnya. 
Usop : Ai Pak Pandir, kenapa dengan ko ni? muke sedih jer. 
Pak Pandir melihat jirannya dengan nada sedih dan termenung 
Pak Pandir : Ntah la Usop oi,susah aku nak cakap pasal masalah aku ni. 
Si Usop duduk mendekati Pak Pandir ingin mendengar cerita ape masalah yang dihadapi oleh Pak Pandir . 
Usop : Apanye yang susah ko nak cakap?Teruk sangat ke masalah ko ni?sampai berkotak-kotak rokok ko hisap hari ni. 
Pak Pandir : Macam ni, seperti biasa la kan.Aku ke kandang lembu aku tu nak perah susu.Perah punya perah, masa tu dah dekat penuh satu baldi dah.Tiba-tiba kaki kanan si lembu aku ni g tendang baldi susu tu.Habis tumpah semuanyer. 
Usop : La pasal tu je ke? ko monyok sampai camni sekali kenape? 
Pak Pandir : Ntah la Usop, susah aku nak cakap. 
Usop : Ape die yang susahnya?cakap je la. 
Pak Pandir : Aku ikat la kaki kanan lembu aku tu kat tiang dengan tali.Pastu aku sambung perah lagi.Dah hampir penuh satu baldi, Kaki kiri lembu tu plak tendang baldi susu tu.Tumpah lagi. 
Usop : Haaa kena tendang lagi?? 
Pak Pandir : Ntah la Usop susah aku nak cakap kat ko dah. 
Usop : Abis tu?ko watpe lagi kat lembu tu? 
Pak Pandir : Aku ikat la kaki kiri lembu tu kat tiang plak.Pastu aku sambung perah lagi susu tu.Dah nak hampir penuh je, ekor si lembu tu libas lagi sekali baldi susu aku.Tumpah lagi susu tu!!. Usop : Patutla ko monyok je, tapi aku tengok teruk sangat ko ni.Takkan pasal susu tumpah ko sampai berkotak-kotak hisap rokok? 
Pak Pandir : Tak la Usop, susah aku nak cakap kat ko ni. 
Usop : Adooiiii, asyik cakap susah nak cakap jer ko ni.Habis tu ko watpe lagi kat lembu ko tu?ko perah lagi ke susunyer? 
Pak Pandir : Tali aku dah habis guna wat ikat kaki lembu tu.Jadi aku guna la tali pinggang aku ni wat ikat ekor lembu tu.Tiba-tiba je seluar aku jadi longgar bile takde tali pinggang.Bile seluar aku terlondeh je, bini aku datang.Tak sangka pulak aku benda ni boleh jadi macamtu kat aku.

1 comment:

  1. tidak meggunakkan bahasa yang betul apa jer,ko dan sebagainya.Suka cerita tetapi tak suka orang yang insert ni.Tak suka gila

    ReplyDelete